Tuesday, December 22, 2009

ATURCARA PERJALANAN, PROSES AKAD NIKAH DLL

Pengangkutan disediakan untuk pasangan pengantin sahaja.

Bertolak dari Kangar/Airport alor Star/Bukit Kayu Hitam antara jam 8.00 - 9.00 pagi atau lebih awal ke Bukit Kayu Hitam/Dannok. Perjalanan mengambil masa 20 – 30 minit. (35 km)

Sampai di Pekan Bukit Kayu Hitam dan Dannok – Urusan Pasport dan tukar wang Thailand Baht menambil masa 10 – 20 minit.

Bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk uapacara akad nikah dan mendapatkan surat pengesahan perkahwinan anda. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam.
Proses/Urusan ijab kabul dan pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dalam masa 30 minit.

Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan status perkahwinan anda. Dari MAIS mengambil masa antara 15 - 20 minit. (18 km)

Proses/Urusan pengesahan di Pejabat Konsul Malaysia mengambil masa antara 15 - 30 minit.

Semua urusan dijangka selesai sebelum jam 1 tengahari atau sebelum 5.00 petang.

Selesai

Acara Bebas

Bertolak balik ke Kangar.

SETELAH SELESAI ANDA AKAN MENDAPAT DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT:

1. Surat Akuan Nikah (Sijil Nikah).
2. Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla .
3. Surat Pengesahan Status Perkahwinan anda dari Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.

Semua dokumen yang diperakui sah oleh Konsul Malaysia adalah diiktiraf oleh pihakberkuasa Agama Islam di Malaysia dan boleh digunakan untuk mendaftar pernikahan anda di Malaysia.

No comments:

Post a Comment